Hanya kerana sebuah gambar yang dimuatnaik oleh Yuna dan teman lelakinya, Adam Sinclair, ramai yang buat spekulasi mendakwa mereka sudah bertunang. Lebih-lebih lagi gambar yang dikongsikan di Instagram tersebug menyaksikan pasangan berpakaian sedondon bagai pinang dibelah dua.

Desas-desus yang mengatakan Adam sudah melamar Yuna pada minggu lalu juga dianggap sebuah khabar angin kerana tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mereka bagi mengesahkan gosip berkenaan.

Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California

Peminat banyak membuat spekulasi percintaan mereka berdua berdasarkan status yang dikemaskini oleh penyanyi antarabangsa ini serta kapsyen pada gambar yang dimuat naik menerusi media sosial.

Adam Sinclair

Pengurus kepada penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan cukup popular dengan lagu Crush itu, iaitu Nor Zaina Wardah atau Wawa menafikan mengenai pertunangan ini ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu.

“Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest,” kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini Yuna pernah menegaskan bahawa hubungan cinta antara dirinya dengan adik aktor Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair tidak perlu dicanang kepada umum. Dia lebih selesa berkongsi tentang perkembangan seninya berbanding soal cinta.

Sumber

0
like
1
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleKetagihan ‘Update’ Status di FB Tanda Anda Kesepian Terlampau
Next articleLihat Kemewahan Burger Emas Kegemaran Putra Mahkota Dubai
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.