Siapa yang tidak terpegun melihat diva antarabangsa beraksi di pentas. Wanita anggun ini yang baru sahaja merangkul 5 buah trofi Grammy Awards 2017 tempoh hari baru sahaja menjalani konsert di Australia.

Uniknya, selepas sahaja konsert tamat, ada sebuah gambar dari konsert itu menjadi tular dan ramai yang memperkatakan mengenai gambar misteri tersebut. Gambar itu datangnya dari seorang jurukamera dengan akaun Instagram @mystifyme1 di mana menyaksikan saat-saat hangat Adele mencium tangan dari seorang wanita yang berhijab berdiri di barisan hadapan.

Semestinya ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang bertuah dan mencuri perhatian dunia. Siapa yang tak terkejut apabila seorang diva popular mencium tangan peminatnya sendiri. Umpama impian menjadi kenyataan.

Menurut dari video yang dikongsikan, wanita ini telah di dukung oleh rakannya untuk mendekati Adele di pentas. Jadi Adele rasa terharu lalu menghulurkan tangan dan wanita berhijab ini terus mencium tangannnya. Adele dengan penuh rasa rendah diri terus membalas ciuman tangan peminatnya itu.

Setelah mencari siapakah gerangan wanita berhijab itu, akhirnya orang ramai telah menemukan wanita bertuah ini yang dikenali sebagai Amira Monroe. Pada akaun Facebook, Amira juga memuatnaik video yang menunjukkan saat manis yang mungkin menjadi peristiwa bermakna ketika tangannya dicium oleh Adele.

Sumber

21
like
9
love
3
haha
3
wow
0
sad
3
angry

Komen Anda

Previous articleWatak Gay Mungkin Punca Filem Beauty & The Beast Ditangguhkan
Next articleLelaki Pecah Cermin Premis Kerana Kredit Prabayar Ditolak RM4
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.