Malique TKO: Pejamkan Mata merupakan album terbaharu berbahasa Melayu daripada Malique Ibrahim. Selepas melancarkan album OK (2008) dan K.O The Mixtape (2009), TKO: Pejamkan Mata akhirnya menemui peminat Malique sejak Disember lalu.

Sememangnya album hip hop ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Kehebatan Malique bermain kata-kata dan menyusun bahasa menjadi cerita berpuitis di dalam sebuah lagu membuatkan album ini kedengaran luar biasa hebat.

Namun apa yang menjadi bualan peminatnya adalah mengenai kulit album tersebut menunjukkan tiga mata mencetuskan kontroversi. Menurut laporan dari Mstar Online, kontroversi ini telah mendapat reaksi dari Malique sendiri.

Dia memberitahu apa yang cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.

Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.
Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.
Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya,

Sebelum ini kecoh di laman media sosial netizen mengkritik kulit album tersebut sebagai menyerupai makhluk Dajjal.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articlePeserta Menderita Dalam Hutan, Tak Tahu Rancangan Dibatalkan
Next articleHebat! Priyanka Chopra Wanita Nombor 2 Tercantik Di Dunia
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.