Kenali Lebih Dekat Tengku Adeq Yang Menjadi Pilihan Hati Jue

Percintaan antara Juliana Evans bersama suaminya Tengku Adeq sudah disedari selepas Jue memuat naik sebuah gambar ketika pasangan ini menghadiri sebuah majlis di Concorde Hotel Shah Alam. Foto tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dan rasa ingin tahu dikalangan peminat beliau.

Sejak dari itu, ramai yang tertanya-tanya siapakah lelaki yang menjadi pilihan hati pelakon berdarah kacukan ini. Pada usia perkenalan hanya mencecah setahun sembilan bulan, Jue  dengan Tengku Adeq nampak begitu serasi. Menurut wawancara dia bersama Majalah Glam, kali pertama Tengku Adeq bertemu ibu Jue sewaktu hadir di majlis perkahwinan abangnya, mereka saling memuji dan mengenali antara satu sama lain. Tengku Adeq tahu menyesuaikan diri dengan orang baru, penyayang, suka berjenaka dan ‘easy going’.

Tengku Adeq bersama 3 Orang Abangnya Sewaktu Menyaksikan Pelawanan Bola

Tengku Adeq atau nama sebenar Tengku Sharifuddin Ibrahim Shah adalah anak kepada Tengku Sulaiman Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu adik kepada Sultan Selangor sekarang. Ibunya Tunku Kamariah Sultan Iskandar merupakan kakak kepada Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Kredit Foto: Astrogempak

Ini bermakna Tengku Adeq merupakan sepupu kepada TMJ (Tengku Muda Johor) iaitu Presiden FAM sekarang. Tengku Adeq mempunyai 5 orang adik beradik iaitu Tengku Shakirinal Amin Shah, Tengku Salehuddin Ismail Shah, Tengku Shahrain Iskandar Shah dan seorang adik perempuan Tengku Kathira Zanariah.

Sama seperti Tengku Muda Johor atau TMJ, Tengku Adeq juga didefinisikan sebagai seorang yang berjiwa bola dan mula menunjukkan minat yang lebih terhadap perkembangan pasukan kesayangannya.

Related Stories