Susulan kes pergaduhan agak kurang ajar apabila penerbit filem David Teo membuat kacau di dalam Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 Bersama Perdana Menteri Dan Penggiat Seni di Seri Perdana. Kes ini mendapat reaksi seluruh rakyat Malaysia lagi-lagi  dari kalangan artis dengan menyuarakan pandangan masing-masing. 

Hari ini, seorang personaliti tv pula mengeluarkan pendapatnya dengan memuat naik status.

Berikut luahannya mengenai apa yang terjadi disebalik kes David Teo di lempang oleh Mat Over dan dikendalikan oleh Royam Noor.

Saya percaya DS Najib mahu manjawab pantun dan persoalan daripada David Teo. Sebab saya kenal Dato Seri’ seorang yg tenang, tidak cepat melatah dan bijak di dalam menyusun atur kata-kata beliau.

Malangnya David ditampar oleh Mat Over tanpa arahan dan tanpa diduga oleh Dato Seri, menyebabkan persoalan David tidak terjawab dan berlaku tolakan, tendangan dan riuhan penonton.

Dan selepas itu Dato’ Seri ditenangi oleh Dato Rosyam dgn ayat yang sungguh menenangkan iaitu “dia memang kuarang ajar Dato'” jelas melalui pembesar suara.

Kasihan Dato’ seri. Dikelilingi oleh orang-orang sebegini. Mereka nyatakan sayang dan cinta kepada Dato’ Seri, tetapi mereka secara tidak langsung menikam beliau dari belakang. Akhirnya nama Dato’ seri yg tercalar, dikategorikan sebagai penakut, diasak dgn soalan-soalan dari rakyat tentang hala tuju bicara TN50. Walhal bukan salah Dato’ Seri pun.

Konklusinya, apa yg saya dapati adalah orang-orang ini sebenarnya bukan sayang pada Dato’ Seri. Tetapi mereka sayang kepada ‘apa’ yg ada pada Dato’ Seri. Tengoklah nanti, apakah orang-orang ini akan menjadi ‘front liner’ sekiranya Dato’ Seri berada di bawah nanti?

Namun pandangan itu mendapat kritikan dari netizen kerana tidak wajar membandingkan negara sendiri dengan negara lain. Bukan semua negara mempunyai budaya yang sama. Apa-apa pun masing-masing mempunyai pandangan tersendiri kita hanya lihat pada kebaikan bukanlah pada keburukan.

Sumber

 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry