Tempoh hari, penulis sengaja memenuhkan masa untuk menonton koleksi “video blogging” wanita cantik di Youtube. Lalu penulis terjumpa sebuah video menarik, memaparkan seorang wanita menceritakan sambil membawa penonton mengelilingi “walk-in-wardrobe” miliknya yang dipenuhi aksesori serta pakaian berjenama -menguatkan lagi perasaan ingin tahu penulis siapakah wanita ini sehingga dirinya mampu untuk memiliki RATUSAN beg tangan Hermes Birkin! Pssst… Kalah Victoria Beckham, apa lagi Che Ta.

Tonton Video Wardrobe Tour Jamie Chua

Siapakah Gerangan Wanita Ini?

Wanita ini mula menjadi sensasi melalui akaun Instagram peribadi miliknya. Kemewahan hidupnya dipaparkan kepada umum melalui gambar-gambar yang boleh dianggap cukup ‘gempak’. Bahkan, bentuk badan serta raut wajahnya juga cantik dan kelihatan muda. Siapa yang melihat pasti tertanya-tanya akan status dan gerangan yang dipegang wanita sosialit ini.

 

Jamie Chua nama diberi. Dirinya merupakan seorang wanita yang digelar “Rich Kids of Singapore”, dalam masa yang sama adalah seorang ibu berusia 43 tahun kepada dua orang anak remaja, hasil perkahwinannya bersama seorang hartawan Indonesia.

Jamie disamping bekas suaminya, Nurdian Cuaca. Foto -mustsharenews.com

Dirinya juga terkenal dengan panggilan “Queen of Instagram” dek kerana setiap foto yang dimuat naik ke akaunnya adalah cukup sempurna tanpa sebarang cacat cela. Untuk pengetahuan anda, Jamie telah mengupah dua orang pembantu sepenuh masa yang kerjanya hanya untuk mengikut ke mana sahaja dirinya pergi bagi merakam foto dirinya sehingga dia berpuas hati.

Bagaimana Dirinya Boleh Menjadi Kaya Sekelip Mata?

Seperti yang penulis canangkan tadi, Jamie terkenal dan kaya kerana dia merupakan bekas isteri kepada Hartawan Indonesia, Nurdian Cuaca yang dikenalinya sewaktu bertugas sebagai Pramugari Singapore Airlines dalam sebuah penerbangan kelas Perniagaan ketika umurnya 20 tahun. Tidak lama selepas berkenalan, mereka memutuskan untuk berumah tangga.

Bercerai Pula?

 

Tetapi sayangnya, mahligai cinta Jamie dan Nurdian hanya mampu bertahan selama 15 tahun. Alasan bercerai? Katanya hanya kerana “tingkah laku yang tidak munasabah”.

Dulu Sekadar Kaya, Kini Hartawan!

Ketika menghadap untuk proses pencerian, Jamie mendesak supaya mantan suaminya itu memberi nafkah sebanyak $332,000 sebulan sebagai pendapatan untuk menyara keperluan diri serta dua orang anak yang berada dibawah jagaannya. Sumber -Yahoo Singapore

Seperti yang dikehendaki dirinya, proses penceraian Jamie bersama dengan Nurdian hanya dapat diselesaikan di luar mahkamah pada tahun 2011 setelah Jamie berjaya membekukan kesemua aset dan harta milik Nurdian, bahkan menerima sejumlah wang yang tidak dinyatakan nilainya bersama hak pemilikan hartanah.

Sejak dari itu, Jamie bebas menggunakan berjuta-juta dollar yang dimenanginya untuk kebajikan anak-anak, berbelanja tanpa had demi memiliki barangan berjenama serta menjaga kecantikan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Menurut laporan dari sebuah laman media Singapura Lollipop, Jamie telah membelanjakan lebih dari $10,000 sebulan untuk mengekalkan kecantikan wajah serta bagi mendapatkan sesi rawatan mahal supaya bentuk badan dan kulitnya sentiasa mulus.

Jamie kini tinggal sebumbung bersama dua orang anaknya, Cleveland , 22 dan anak perempuannya Calista, 18 yang turut disertai oleh ibu dan bapanya. Dengar kata, Jamie juga telah bertemu pengganti bernama Terence Koh, 45, yang merupakan seorang peguam. Oh, wow!

Dikhabarkan, Jamie memiliki koleksi beg tangan Hermès Birkin terbanyak di dunia, mencecah hingga 200 buah yang semuanya tersusun rapi dalam rak kaca.

 

Rata-rata Birkin berharga dari $12,000 untuk yang bersaiz kecil hingga $223,000 seunit untuk yang bersaiz besar. Namun begitu, dia dikatakan langsung tidak pernah cuba memewahkan anak-anaknya. Dia mahu anak-anaknya belajar untuk menghargai kesusahan hidup supaya tahu berdikari suatu hari nanti.

Yang terkini, Jamie dikhabarkan membeli sebuah beg tangan Chanel berharga $5,000 untuk anak perempuannya serta sepatu berjenama bernilai $1,000 untuk anak lelakinya, termasuklah Range Rover $200,000. Hmmm (mungkin itu tidak dikira memewahkan anak-anak).

Seperti hartawan yang lain, wanita ini melibatkan diri dalam perniagaan sejak tahun lepas dengan membangunkan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Luminous1.

Ya, wanita ini membuktikan, jika anda mewah, anda akan memiliki segalanya di dunia ini. Termasuklah nama, status, menjadi terkenal sekaligus layak mendapat perhatian umum. Hebat! #untunglah

 

SUMBER 12 & 3