Berita sedih buat peminat tegar penyanyi comel dari Jepun ini. Ayumi Hamasaki bakal menderita untuk mengalami masalah pendengaran atau pekak sepanjang hidup, katanya di blog beliau pada sabtu lepas.

Hamasaki artis solo Jepun yang paling laris sepanjang zaman, sudah alami masalah pendengaran di telinga kirinya sejak tahun 2008. Tetapi telinga kanannya kini telah mula untuk lemah, kata penyanyi berusia 38 tahun itu.

Saya mengalami pening yang sangat membimbangkan. Saya tidak dapat berjalan dengan lurus, dan sering muntah dalam tandas dan di studio latihan.

“Saya masih ingat tertanya-tanya bagaimana apabila seorang penyanyi akan berhadapan dengan masalah kedua-dua telinga tidak berfuungsi. Hidup saya akan gelap,” katanya.

Masalah telinga Hamasaki berpunca dari cuaca sejuk yang dialaminya pada tahun 2000.

Kerana cuaca terlalu sejuk dan dia mengalami jangkitan telinga, tetapi dia terus aktif mengadakan konsert jelajah selepas beberapa hari di hospital.

Pada tahun 2008, dia mengalami masalah pekak di telinga kirinya. Ratu J-pop ini dipercayai mempunyai tinnitus, deringan dalam telinga yang disebabkan oleh pendedahan berterusan kepada bunyi.

Sumber [ 1 & 2 ]

 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry