Yuna & Adam Sinclair Akan Ke Jinjang Pelamin Tahun Hadapan

Hubungan akrab penyanyi Yuna dan Adam Sinclair bukan menjadi suatu gosip dalam dunia hiburan lagi. Walaupun berkali-kali mereka cuba menafikan namun ramai yang boleh meramalkan hubungan mereka berdua akan berkakhir dengan pernikahan.

Menurut laporan berita dari Astro Gempak, khabarnya Yuna dan Adam Sinclair yang bakal mengikat tali pertunangan selepas hari raya Aidilfitri ini.

Berita yang disampaikan menerusi aplikasi Whatsapp ini turut memberitahu persiapan untuk pertunangan Yuna dan Adam sudah siap dan kini, ibu Yuna sedang fokus kepada majlis yang lebih besar, iaitu hari perkahwinan anaknya dengan adik kepada aktor Asyraf Sinclair itu, pada 28 Januari tahun hadapan.

Isu Yuna bakal bertunang pernah tercetus sebelum ini namun tiada pengesahan yang sahih di keluarkan dari pasangan ini. Apa-apa pun yang pastinya ramai peminat tak sabar untuk melihat artis pujaan mereka ini ke jinjang pelamin, apatah lagi mereka berdua sangat secocok dan sepadan.

Related Stories