Menurut akhbar Lubnan tempatan Arab News, keraja Lebanon akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengharamkan filem ‘Wonder Woman’ kerana pelakon utama yang memegang watak Gal Gadot merupakan warganegara Israel.

Lebanon kini berperang dengan Israel, dan melaksankan undang-undang yang memboikot produk Israel dan juga sekatan rakyat Lubnan dari perjalanan ke Israel atau membuat hubungan dengan rakyat Israel.

Kemudian ada maklumat menngatakan bahawa Gal Gadot adalah juga anggota tentera Israel. Walaubagaimanapun pada masa ini, larangan itu masih belum dikuatkuasakan, dan salah satu pawagam di Lubnan juga telah mendedahkan bahawa tayangan perdana filem itu dalam perancangan namun kemungkinan ia akan dibatalkan jika kerajaan memutuskan untuk campur tangan.

Wonder Woman yang dibintangi pelakon jelita Gal Gadot berkisarkan tentang seorang superhero wanita yang berjuang untuk menumpas kejahatan di dunia. Jadi Lebanon boikot filem ‘Wonder Woman’ ini semata-mata sebab Gal Gadot orang Yahudi. Malaysia bagaimana?

Sumber

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry