Salman Khan memang dikenali dengan gelagat dan telatah peliknya, tetapi kali ini dia telah mempamerkan sikapnya yang baru di satu majlis baru-baru ini, dan menjadi tular di seluruh media sosial.

Pada acara untuk Tubelight akan datangnya, Khan telah dirakam menerusi video dengan aksi kotor makan benang dari seluar jeans beliau sendiri. Ya, ini bukan main-main! Tidak dapat dipastikan samaada pelakon berbadan sasa ini benar-benar lapar atau bosan, tetapi rakaman ini membuktikan dia sebenarnya tidak sedar akan tabiat buruknya.

Video pendek yang kini telah tersebar luas, Khan dilihat menyentap helaian benang dari seluar jeans beliau yang koyak, dengan bersahaja meemasukkan ia ke dalam mulutnya, mengunyah perlahan-lahan dengan muka selamba.

Video ini mendapat reaksi yang berbagai di Twitter sehingga rata-rata netixen menjadikan video ini sebagai bahan ketawa.

Sumber