Pelakon sinetron popular Yana Zein telah menghembuskan nafas terakhir selepas berjuang melawan kanser payudara. Artis berusia 44 tahun itu meninggal dunia di Hospital Mayapada, Jakarta.

Namun, jenazah Yana masih berada di Hospital dan Jenazah belum dimandikan ataupun dipulangkan ke rumah kerana keluarga tidak mempunyai wang.

“Kami tidak mempunyai wang, siapa yang mahu bayar peti dan pemakaman. Kalau ada dermawan yang boleh bantu, kami amat berharap,” kata Swetlana Zein.

Dua sahabat Yana, Lingga Suri dan Firda Kussler, mengakui keluarganya mempunyai masalah kewangan. Nampaknya pihak keluarga telah berhabis membiayai perubatan mendiang Yana ke China.

Menurut laporan Kapan Lagi  sehingga kini Yana masih ada di bilik jenazah, kerana masih menunggu kepastian untuk menguruskan jenazah dan urusan pengebumian.

TERKINI: Tiada Wang Beli Keranda! Keluarga Yana Zein Terpaksa Jual Kereta 

Yana Zein pernah menikah dengan Fahmi Darmawansyah (sekarang suami kepada Inneke Koesherawati), namun pernikahan mereka berakhir dengan perceraian.

Yana pernah membintangi dram sinetron popular seperti Hidayah (2006), Anak Membawa Berkah (2009) dan Cinta di Langit Taj Mahal (2015). Yana Zein sempat menjalani rawatan susulan ke China dan kembali ke Indonesia pada Minggu lalu. Dia sempat memberitahu keadaanya 80% sembuh namun meninggal dunia pada jam 1 pagi waktu Indonesia. Takziah diucapkan pada keluarganya.