Filem The Mummy yang bakal ditayangkan pada 8 Jun 2017 di seluruh Malaysia memang berbeza dengan filem The Mummy sebelum ini. Penampilan bintang hebat Tom Cruise dalam filem The Mummy ini sedikit sebanyak memberi impak yang tinggi pada penonton malah menjadi lebih popular.

Filem kali ini mengisahkan Puteri Ahmanet ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir di Mesir 2,000 tahun lalu sebagai hukuman kerana membunuh bapanya.

Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

Watak Puteri Ahmanet mungkin yang ditunggu-tunggu kerana peranannya yang sangat besar bagi memberi impak keseluruhan filem. Andainya jika pelakon dari Malaysia diberi peluang untuk menggantikan watak puteri Ahmanet dalam filem The Mummy ini, agak-agak siapa yang sesuai ya?

Berikut antara calon-calon nama bintang dari Malaysia dari penonton yang fanatik dengan filem ini. Apa kata mereka!?

Maya Karin

Kerana beliau mempunyai raut wajah pratagonis yang sesuai untuk watak Ahmanet. Maya Karin dilabel sebagai “Ratu Filem Seram” kerana beliau banyak membintangi filem seram.- Cecilia Victor

 

Nabila Huda

Nabila Huda. Sekiranya dilihat secara menyeluruh watak antagonis dibawa oleh beliau cukup berjaya dan menyakinkan. Filem Khurafat yang dibintangi beliau cukup terasa dalam watak tersebut walaupun watak sebenarnya tidak mencerminkan bahawa dia adalah watak antagonis tapi berjaya menyakinkan penonton bahawa dia adalah yang membawa watak antagonis.- Muhammad Audi

Neelofa

Neelofa, sebab beliau amat cantik dan popular dan tentunya mendapat sambutan hangat! – Teng Thien Yong

Sheila Rusly

Semestinya Sheila Rusly kerana watak antagonistnya sebagai Malika dalam Drama Anak Betong suatu ketika dahulu masih terasa sengatannya dan saya masih mengingatinya sehingga sekarang- Nur Salwani

Ida Nerina

Ida Nerina. Kerana dia mempunyai penguasaan emosi dan pembinaan karakter yang sangat bagus.- Tan Peck Cheng

Sharifah Armani

Antara Sharifah Amani atau Maya Karin sebab diorang dua ni, pada pendapat saya, adalah pelakon Malaysia yang paling ada presence kalau berlakon. – Mark James