Apa yang akan anda lakukan jika anda melihat seekor ular berbisa cuba datang ke arah anda? Yang pastinya ramai yang akan lari lintang pukan kan?

Sebaliknya terjadi kepada seorang lelaki yang berusia ini di mana dia rasa terganggu dengan kehadiran reptilia menakutkan menghampirinya malah dia dilihat selamba menikmati makanannya ketika semua orang di sekelilingnya dalam keadaan panik.

Pengguna facebook yang bernama Jeff Cym ini berkongsi video serangan ular di sebuah kedai kopi di Bukit Gombak, Singapura. Dalam klip video itu, pengunjung di kedai makan melarikan diri dari tempat kejadian selepas menyedari kehadirian ular sawa gergasi.

Apa yang melucukan, orang tua yang duduk di salah satu meja langsung tidak berganjak dari tempat duduknya. Dalam usaha untuk menghalau ular tersebut, seorang lelaki cuba menggunakan kerusi untuk menakutkan ular itu. Ular itu bertindak balas dengan menyerang kerusi dengan agresif sekali.

Saksikan  video di bawah.

Sumber