Kami baru sahaja menerima khabar sedih menerusi akaun Instagram Bazli UNIC. Dia telah memaklumkan pemergian anaknya menemui Illahi pagi tadi.

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…

Anak lelakinya, Mohd Syahid yang berusia empat tahun disahkan menghidap kanser kalenjar tahap tiga pada Januari lalu.

Bazli turut berkongsi video bersama arwah anaknya dalam kereta dan meluahkan rasa rindu untuk membaca Al-Quran bersama.

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Syahid.. Ayah akan rindu nk baca quran dgn syahid lgi naaak.

Syahid yang juga menghidap penyakit autism tidak mampu untuk berkomunikasi dengan baik untuk mengadu atau meluahkan rasa sakit dihadapinya.

Menurut status yang diletakan pada Facebook Bazli, sembahyang jenazah anaknya akan diadakan Zuhur ini di Masjid Ehsan Kampung Kubu Gajah Sungai Buloh. Salam takziah untuk Bazli & keluarga. Allah lebih sayangkan Syahid kami percaya ramai yang turut bersedih dengan kehilangan ni.

Sumber