Tahun ini sahaja sudah berapa kali kecoh di dada akbar pasal ada golongan yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Sebagai orang muslim kita seharusnya tahu apakah hukum dan balasan yang menanti bagi mereka yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan dengan sengaja.

Tidak terkecuali ada juga di kalangan selebriti yang ditangkap tidak berpuasa, Di India, seorang jurugambar bernama Manav Manglani yang terkenal dengan gambar-gambar candid selebriti telah berkongsi foto bintang bollywood terkenal Saif Ali Khan sedang minum air di jendela. Menerusi gambar tersebut, Manav menulis kapsyen, Saif tengah duduk berbincang bersama temannya di Bandra sambul minum kopi dengan selambanya.

Gambar yang diambil dua hari lepas di bulan Ramadan

Netizen India pun heboh meninggalkan komen dan terkejut melihat kelibat Saif tidak berpuasa. Aktor tampan ini pernah dikhabarkan begitu taat dalam ajaran agama Islam, dan Ramadan kali ini adalah tahun kedua selepas berkahwin bersama isterinya Kareena Kapoor.

Sumber