Ganesa Perkasa Films dan Ace Motion Pictures SDN BHD (Malaysia) telah mengeluarkan filem terbarunya yang berjudul “Bukan Cinta Malaikat”. Dengan mengangkat tema Islamik Love Story, filem tersebut menampilkan bintang-bintang terkenal  dari Indonesia dan Malaysia.

Pelakon dari Indonesia dibintangi oleh Fachri Albar, Donita, Dewi Irawan, Joshua Pandelaki, Iqbal Pakula, Edi Brokoli, Dewi Amanda, dan banyak lagi. Sementara dari Malaysia dibintangi oleh palakon comel Nora Danish dan Ashraf Muslim.

Menurut pengarah bagi filem ini, dia mengaku sangat puas dengan penampilan watak-watak utama seperti Nora dan Donita yang pasti membuat para penonton wanita terbawa emosional dan merasakan kegetiran di hati mereka, kata Chandir Bhagwandas

“Inner beauty Nora Danish lebih terpancar saat ia mengenakan hijab di filem ini. Begitu juga dengan Donita, ia berhasil berperanan dalam watak perempuan sederhana, tetapi tertekan kerana memendam perasaan dan permasalahan dalam hatinya. Sesiapapun akan tersentuh melihat penampilan mereka,” puji Chandir Bhagwandas.

Filem “Bukan Cinta Malaikat” digarap oleh Aziz M. Osman (Malaysia) dan Herdanius Larobu (Indonesia). Film yang akan menawarkan pemandangan indah Mekah dan Madinah ini akan ditayangkan pada 13 Julai 2017.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry