Inilah Makna di Sebalik Tulisan Mistik pada Wajah ‘The Mummy’

“The Mummy” kembali menguasai emosi penonton ketika ini, namun versi ini sangat berbeza dengan filem sebelumnya. Filem ini yang dibintangi Tom Cruise menampilkan watak mumi perempuan yang dipegang oleh Sofia Boutella.

Menariknya lagi, Mumi kali ini tak berbalut kain lagi seperti sebelumnya. Watak asal Mesir Kuno itu memiliki perwatakan seperti manusia biasa, namun seluruh tubuhnya terdapat tulisan simbol mistis. Dan ternyata, tulisan tersebut bukanlah sekadar hiasan, tapi memiliki maksudnya.

Menerusi tuliasan Cinemablend, tulisan misteri itu sebenarnya diambil dari “Egyptian Book of the Dead”, ia adalah tulisan kuno. Secara khusus, teks yang tertera adalah sejenis mantera untuk meminta pertolongan kepada orang mati.

Mantera itu sesuai dengan kandungan filemnya. Ahmanet, seorang Putri Mesir Kuno (Sofia Boutella), gagal mewarisi takhta ayahnya ketika ibunya melahirkan seorang bayi lelaki. Kerana merasa marah, Ahmanet membuat rancangan dengan Dewa, sehingga dia membalas dendam pada keluarganya dan mengambil alih kuasa.

Setelah sepakat dengn kuasa jahat, tubuhnya berubah dengan kata-kata yang muncul di tubuhnya. Sejak saat itu, Ahmanet berkuasa atas orang mati, jadi nampaknya bahasa itu yang memberi kekuatan.

Keseluruhan makna tulisan kuno itu diungkap oleh Jurudandan artis Lizzie Yianni-Georgiou yang bertanggung jawab untuk mendandan Sofia Boutella. Yianni-Georgiou juga memberitahu bahawa dia perlukan masa lebih dari tiga jam untuk melukis teks misteri itu di wajah mumi setiap harinya.

Related Stories