Usahawan kosmetik popular Dato Aliff Syukri telah berkongsi video di dalam Facebook dan Youtube di mana menyaksikan dia senang mengamuk terhadap pembantu rumahnya kerana ditangkap mencuri wang dan beberapa barang berharga.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat barang-barang yang dicuri berselerakkan di atas lantai dan beliau kelihatan berkeras mahu membawa pembantu rumahnya ke balai polis untuk didakwa. Difahamkan pembantu rumahnya itu baru sahaja sebulan bekerja di rumah beliau.

Bagaimanapun dilihat pambantu rumahnya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.

“Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya,” tulisnya di laman Facebook.

Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri di mana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.

Sumber

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry