Ini Perkara Yang Orang Tak Tahu Tentang Watak Airil Dalam Drama ‘Andainya Takdir’

Sudah menjadi trending drama bersiri Andainya Takdirnya yang bersiaran TV3 di media sosial. Mungkin ramai yang tidak tahu watak Airil yang dilakonkan oleh Syukri Yahya, adalah dari kisah benar. Difahamkan watak Airil adalah seorang pesakit mental Othello Syndrom.

Bermula dengan kisah cinta dua hati, susunan cerita lebih memaparkan cabaran Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya). Pasangan suami isteri ini memilik cahaya mata bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan mereka sekeluarga sarat dengan emosi di mana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Apa yang membuatkan penonton berasa geram apabila Airil begitu mengongkong Fatihah tanpa sebab munasabah sehinggakan Fatihah sering dipukul hingga lebam.

Pasti ramai yang memarahi watak Airil kerana sikapnya yang mepunyai emosi tak stabil dan cemburu melampau. Lebih memilukan apabila ia memberi kesan yang sangat teruk kepada isteri dan anaknya. Inilah dinamakan penyakit “SINDROM OTHELLO”.

SINDROM OTHELLO

Othello syndrome adalah perasaan emosi yang sentiasa berubah justeru seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang. Lebih mudahnya disebut cemburu buta. Dalam drama ini, ditunjukkan Airil seorang yang sangat penyayang namun dalam masa yang sama dia terasa insecure dan lebih teruk dari paranoid. Sebabnya isterinya cantik, berkerjaya dan banyak berjumpa dengan client atas tuntutan kerja.

Setiap sejam isterinya perlu melaporkan segala tindakan atau aktiviti seharian. Lambat 5 minit maka akan terjadilah perangai sawan Othello ni. Terus mengamuk tak tentu pasal.

Menurut artikel dari Kosmo, kajian mendapati, sekitar 15 peratus pesakit gangguan psikiatri itu berlaku kejam terhadap pasangan untuk meminta mereka membuktikan kesetiaan masing-masing.

Ini termasuklah Robert Mercati, 63, yang didapati membunuh isterinya, Margaret, 63, pada awal 2013 selepas percaya wanita itu tidak setia kepadanya. Robert kemudiannya bertindak membunuh diri.

Sementara itu, pakar neuropsikiatri dari University of Pisa, Itali, Dr. Donatella Marazzi berkata, sindrom Othello yang juga dikenali sebagai kecemburuan morbid itu didapati lebih banyak dihidapi golongan lelaki dengan 62 peratus lebih tinggi berbanding wanita.

Katanya, gangguan itu menyebabkan pesakit berasa cemburu melampau, bersikap terlalu mengawal, rasa tidak selamat dan kadang kala tidak sedar mereka menyakiti pasangan.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Sumber

Related Stories