Memalukan! Pemandu Grab Biadab Maki Hamun & Hina Pelancong Dari China

Memalukan! Sikap biadab bersama pelancong asing yang tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia. Video selfie ini menjadi tular apabila memperlihatkan satu rakaman video yang melibatkan seorang pemandu Grab.

Dalam video itu, pemuda dalam lingkungan 20an membawa dua orang pelancong yang dikatakan berasal dari China. Oleh kerana mereka bermasalah dalam komunikasi, pemandu terbabit mengambil kesempatan memaki hamun pelancong tersebut dalam bahasa melayu.

“Hari ada bawa pelanggan dari China.

“Dia daripada ketumbit, bodoh ini, dia orang pakai baju belang ini.

“China anak musibat, sangat bangus, Kita ada customer China bodoh-bodoh macam ini,” katanya dalam rakaman tersebut.

Video pendek ini nyata mengundang kemarahan netizen dan rata-rata daripada mereka bengang dengan tindakan lelaki terbabit.