Puma Night Run kembali mengalu-alukan rakyat Malaysia sertai larian malam buat kali keempat tahun ini. Acara anjuran Puma Malaysia ini bakal berlangsung di lokasi baru di Cyberjaya. Dengan ganjaran bernilai RM16,500 untuk dimenangi. Menarik bukan? Larian malam yang popular ini menyasarkan 12,000 pelari tahun ini.

PUMA Night Run 2017 bakal menampilkan dua kategori jarak iaitu larian ceria 6KM dan perlumbaan 12KM untuk pelari-pelari kompetitif.

Yuran pendaftaran PUMA Night Run Malaysia 2017 adalah RM 119 untuk 12KM dan RM 89 untuk 6KM (Semua harga tidak termasuk GST). Setiap peserta bakal menerima Kit Larian PUMA yang mengandungi kemeja-T PUMA Night Run, tuala PUMA, beg kasut PUMA, pingat penamat (akan diberikan selepas larian) dan hadiah tajaan yang lain. Selain daripada itu, PUMA akan membekalkan tali kasut “glow in the dark”, LED arm bands dan glow stick untuk memeriahkan lagi acara larian tersebut.

Pendaftaran PUMA Night Run Malaysia 2017 kini dibuka di www.puma-nightrun.com.my. Anda boleh dapatkan perkembangan terbaru mengenai larian ini dengan melawat Facebook (klik pada pautan) PUMA Night Run Malaysia 2017.

Nak Menang Pas PUMA NIGHT RUN 2017

Syarat Penyertaan

      • Like Facebook Hangat.com, follow Instagram @hangatdotcom dan twitter @hangatdotcom
      • Kongsikan artikel ini di Facebook anda.
      • Anda dikehendaki mengisi butir-butir diri anda dan menjawab soalan bersama slogan kreatif di bawah.
      • Sertakan sekali maklumat peribadi seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
      • Peraduan ini hanya sah dari sekarang hingga 5 Ogos 2017.
      • Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
      • Keputusan hakim adalah muktamad.