Selepas berkeinginan yang mahu menjual Dodi kerana gagal menjinakkan kucing peliharaannya. Rata-rata netizen meninggalkan komen yang pedas pada jutawan terkenal itu.

Menurut berita dari Sinar Harian, dua agensi penguatkuasa bertindak menyerbu rumah Dato’ Aliff setelah menerima berpuluh aduan dari orang ramai mengatakan beliau telah mendera kucing itu. Operasi yang dijalankan disertai oleh 15 anggota dari Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan.

 

Agensi berkenaan yang mengambil masa lebih kurang sejam bagi melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi berdasarkan laporan yang telah diterima pihak berkenaan.

Melalui siasatan tersebut, Dato’ Aliff Syukri tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucing peliharaannya itu. Selain itu, beliau juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut.

Pihak Veterinar cuma menasihati Dato’ Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa serta menyediakan pengudaraan yang lebih baik. Agensi terbabit juga menyarankan supaya beliau membuat ‘Pet Passport’ supaya Dodi mempunyai rekod perubatan yang lebih sistematik.

thnaks doct zul sbb dah selamatkan dodi dan bedah kalau korang nak rawat pet korang boleh lah follow ig.. @tanyasamavet @tanyasamavet

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Dato’ Aliff turut menepis dakwaan Dodi didera dan berharap netizen hentikan sebarang spekulasi  malah pihak berkuasa sudahpun melakukan pemeriksaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Sumber

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleNak Menang Pas PUMA NIGHT RUN 2017? Jom Sertai Peraduan Ini
Next article[Batal] 60 Jenis Makanan Utama Dikenakan GST Bermula 1 Julai 2017
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.