Bintang Bollywood dan Superstar popular, Kareena Kapoor sekali lagi bakal temui peminatnya dan mengadakan sesi ramah mesra di Malaysia.

Isteri kepada Saif Ali Khan ini bakal menemui peminatnya secara eksklusif dan peribadi di Jalan Telawi, Bangsar, jam 7 malam pada 7 Julai ini.

Namun, hanya 40 pas sahaja akan diberikan kepada peminat yang berjaya dipilih melalui peraduan yang dipaparkan di Facebook rasmi Juiceco Malaysia, mulai esok 8 hingga 14 June ini.

Jadi apa tunggu lagi, jangan terlepas untuk memenangi 40 pas eksklusif  untuk bertemu dan beramah mesra bersama Kareena Kapoor dengan menyertai pertandingan  di Facebook Juiceco Malaysia  sekarang.