Tony Fernandez Umumkan AirAsia X Tidak Mungkin Terbang Ke London

Sememangnya semua rakyat Malaysia sering dihidangkan dengan tawaran hebat dan murah dari syarikat peneraju penerbangan kos rendah, AirAsia. Sebelum kita sering mendengar berita bahawa syarikat itu ingin kembali ke London sempena musim panas dengan menawarkan penerbangan sehala terus dari KLIA2.

Namun pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes telah mengeluarkan satu kenyataan di twitter mengatakan AirAsia X tidak akan terbang ke London mahupun negara Eropah dengan alasan perjalanan yang mengambil masa yang panjang tidak relevan bagi syarikat penerbangan tersebut.

Kenyataan tersebut banyak mendapat reaksi dari netizen dengan meluahkan rasa kecewa kerana penerbangan AirasiaX ke London pernah menjanjikan harga yang sangat murah.

Sebelum Ini Tony Fernandes ada menjelaskan, beliau turut membayangkan selain London, AirasiaX turut akan terbang ke Manchester atau Dublin. Tak mengapa, rakyat Malaysia masih lagi berpeluang terbang ke negara Eropah dengan menggunkan syarikat penerbangan yang lain juga menawarkan harga yang murah.

Related Stories