Susulan daripada satu perintah yang dikeluarkan menerusi portal rasmi dari Jabatan Kastam Malaysia, atau GST memaklumkan bahawa 60 jenis makanan dikenakan cukai, kerajaan hari ini membatalkan hasrat tersebut, menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurut laporan dari FMT, Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy memberitahu pihaknya membuat keputusan itu selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan.

Jenis makanan yang bakal dikenakan GST sebanyak 6%

Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan,” kata Subromaniam dalam kenyataan.

Kenyataan Akhbar dari Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Semalam bertarikh 18 Jun 2017, China Press mengeluarkan laporan mengenai lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, mulai Julai 1.

[Batal] 60 Jenis Makanan Utama Dikenakan GST Bermula 1 Julai 2017

Makanan laut termasuk belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri akan dikenakan 6% cukai.

Dalam pada yang sama, media sosial dihujani pelbagai reaksi dari netizen dengan meluahkan rasa kecewa dengan pengumuman ini kerana kebanyakkan jenis makanan yang dikenakan cukai merupakan makan utama. Hasrat membatalkan perintah ini mungkin berita baik buat rakyat Malaysia.

Sumber