Sejak kebelakangan ini ramai pula yang menyambut bulan syawal dengan pergi bercuti di luar kota mahupun dalam negeri. Begitu juga dengan penyanyi yamg mempunyai ramai peminat di Malaysia, Afgan.  Pelantun lagu “Bunga Terakhir” ini merancang akan mengembara ke negara Eropah.

Ada beberapa negara yang ingin dia kunjungi seperti Paris, Amaterdam, dan Rome dalam tempoh tiga minggu.

Lebih menjadi tanda tanya, Afgan bukan bercuti bersama keluarga, tetapi Afgan akan bercuti berdua saja. Mungkinkah dengan Rossa?

Rasanya ramai yang sudah tahu mereka berdua sangat akrab dan kemesraan mereka berdua sering mendapat perhatian media .

Menurut laporan dari Liputan6 Afgan tetap tdak mahu memberitahu dengan siapa dia pergi bercuti walaupun diasak soalan yang sama.

“Ada deh. Enggak, enggak sama keluarga. Ada sama teman, perginya berdua. Sudahlah, enggak usah ditanya sama siapa,”

Khabarnya Afgan akan terbang ke sana selepas meraikan hari lebaran.

Sumber

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry