Passport lama yang sudah tamat tempih dari pelakon wanita “Wonder Woman” Gal Gadot dilaporkan ditemui dan dibuang berhampiran apartmennya di Tel Aviv.

Dokumen itu telah tamat tempoh dengan kesan dipotong di penjuru, dan beberapa muka surat hilang namun visa, gambar, dan tandatangan pelakon itu masih jelas.

Pasport dari negara Israel ini mempunyai 32 muka surat dan dokumen perjalanan yang ditemui dibuat di antara tahun 2007 dan 2012. Di dalamnya anda boleh elihat visa dari AS, UK, Nepal, dan Brazil, serta setem sempadan dari beberapa negara Eropah, Seychelles, dan Israel.

Individu yang menemui passport ini bakal menerima habuan yang tinggi jika ia dijual memandangkan kejayaan besar “Wonder Woman,” nilai koleksi ini akan meningkat tinggi.

Nilai harga Pasport selebriti boleh membawa keuntungan jumlah yang besar. Pasport selebriti paling mahal yang pernah dijual adalah dari legenda besbol Lou Gehrig seharga USD$ 263,000. Diikuti pasport Marilyn Monroe pada harga USD$ 115,000 dan pasport Whitney Houston pula dijual dengan harga serendah USD$ 5,000.

Sumber Insider

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleKecoh Bila Nikita Mirzani Buka Baju Dalam Video di Instagram
Next articleKemampuan Seks Dipuji Katy Perry, Ini Respon John Mayer
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.