Satu-satunya anak perempuan Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, khabarnya akan mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.

“Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.

BACA  Adib Khalid Umum Pernikahan Bersama Izara Aishah

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.

“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.

Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.

Tunku Aminah dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah.

BACA  Sammy Simorangkir Nikah Dengan Janda Cantik Bulan Ini

Dennis dilahirkan di Lisse, Belanda dan memeluk masuk Islam pada 31 Mei 2015. Ada sumber yang mengatakan jejaka pilihan hati Tunku Aminah ini merupakan seorang model yang popular di negara kelahirannya. Jom lihat foto-foto Dennis.

Anak pasangan Martin dan Henriette Varbaas itu menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Dipetik dari laporan Kosmo, selain gemar bermain bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Cafe dan selepas itu sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

BACA  Sebak! Tunku Aminah Mengalirkan Air Mata Saat Diijabkabulkan

Menurut Abdul Rahim, Dennis Muhammad memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.

Bukan Tunku Aminah Sahaja! 7 Puteri Raja Ini Juga Pilih Lelaki ‘Biasa’

Sumber Harian Metro    & Kosmo