Che Ta atau nama sebenar Rozita Che Wan sentiasa menjadi ikon inspirasi fesyen terutama bagi para ibu yang juga mahu mempelajari cara bergaya daripadanya. Tampil dengan gaya berhijab tersendiri, artis yang bergelar usahawan ini sentiasa keluar bergaya tidak kira di mana saja dia berada.

Berani Untuk Bergaya

Dia juga gemar memakai sedondon bersama suami dan anak-anaknya terutamanya ketika melancong ke luar negara. Warna-warna terang merupakan pilihan Che Ta yang secara tidak lansung mencerminkan sifat berani dia dalam bergaya.

Che ta seringkali dilihat anggun dengan beg tangan mewah berjenama yang menjadi pelengkap buat penggayaannya.

Beg Tangan Klasik Jenama Chanel

Menurut pemerhatian kami, Che Ta gemar memakai beg tangan klasik jenama Chanel dengan pilihan warna yang pelbagai. Koleksi ini tampak mewah dan mencecah harga lebih dari RM20k.

Jika dilihat menerusi Instagram miliknya, kami dapat lihat dia memiliki beberapa warna berbeza tetapi koleksi yang sama. Bayangkan jika setiap satu berharga RM 22 ribu, kemungkinan besar Che Ta memiliki lebih daripada 10 warna, maka keseluruhan bernilai RM220k (hanya anggaran sahaja). Lihat sahaja gambar-gambar berikut dan harganya menerusi lama web rasmi Chanel.

Che Ta mempunyai koleksi beg tangan klasik jenama Chanel dengan pilihan warna seperti biru, merah jambu, hitam, ungu, merah dan sebagainya.

Sumber Instagram Che Ta &  Chanel