Semalam,Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy telah mengadakan satu sesi khas bersama Media bagi memperdengarkan single terbaru beliau, Darling secara rasmi.

Disebalik kegembiraan beliau dengan single terbaru ini, ternyata ianya seketika kerana beliau gagal menahan perasaan sedih dan menitiskan air mata sepanjang sidang media berlaku.

Ketika ditanya apakah yang menyebabkan beliau berasa begitu hiba, beliau membalas;

” Ianya disebabkan masalah peribadi. Bukan sahaja melibatkan bekas teman lelaki malah masalah lain juga.Saya pernah duduk selama 6 jam dengan hanya memikirkan masalah ini dan terfikir untuk mengambil jalan pintas , membunuh diri”

Terdahulu, Lizzy dikhabarkan telah putus cinta dengan seorang jejaka Melayu dan hanya bertahan hanya untuk seketika.

” Saya bersyukur kerana mempunyai rakan – rakan di industri yang banyak memberi nasihat dan semangat daripada saya terus melakukan perkara bodoh tersebut. Dan saya terharu kerana ibu saya banyak menyokong saya sehingga sanggup mengambil cuti selama dua minggu untuk menjaga saya”

Lizzy ketika ditanya mengenai sikap keterbukaan beliau untuk menceritakan hal peribadi ini  kepada umum, beliau menjawab ;

” Saya jarang menunjukkan emosi saya kerana saya merupakan seorang yang ” happy go lucky”. Walau bagaimanapun, saya belajar dari kesilapan. Dan saya rasa saya perlu berkongsi pengalaman pahit ini kepada mereka di luar sana agar tidak melakukan perkara yang sama seperti saya. Mujurlah saya jenis yang positif dan terus memandang ke depan” 

Mengenai kariernya, beliau memberitahu kepada media yang kini beliau selesa bergelar pelakon berbanding penyanyi dan terfikir untuk berehat dari dunia nyanyian buat seketika.

Untuk peminat Lizzy, anda kini boleh memuat turun lagu Darling edaran Warner Music (M) Sdn Bhd di semua digital platform seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.