Vokal Hael Husaini Nyanyi Untuk Band Indonesia Ini Buat Peminat ‘Cair’

Penyanyi Hael Husaini yang kini popular dengan single nya, Jampi semakin mencipta nama dalam dunia hiburan. Penyanyi ini bukan sahaja boleh menyanyi malah berbakat besar dalam menghasilkan lagu-lagu.

Antara lagu-lagu ciptaan beliau adalah Hati-Hati, Pematah Hati dan banyak lagi. Hael juga dilihat membuat ‘cover’ lagu-lagu artis popular .

Terkini, Hael telah memuat naik satu video ‘cover’ dari Armada Band yang berjudul Asal Kau Bahagia. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih dari 400 ribu penonton di Youtube.

Rata-rata peminat memuji vokal suara nya yang sedap malah Hael juga telah dipilih sebagai artis bulanan terbaik oleh sebuah radio swasta terkenal tanah air.

Tahniah dan syabas buat Hael Husaini! Semoga anda terus mencipta karya-karya yang terbaik.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry