Untuk menjadi seorang pelakon yang hebat sebaik-baiknya tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu peranan sahaja sebaliknya perlu mempelbagaikan watak untuk bergelar seorang aktres yang berkebolehan. Seperti pelakon-pelakon wanita pilihan Hangat.com, mereka semakin dikenali dengan watak-watak yang bukan tipikal. Watak pelacur sememangnya sangat berat dan agak menakutkan, namun mereka mampu menjiwai watak tersebut

1. Fathia Latiff ( DARAH PANAS – 2015 )

Pelakon muda ini yang semakin meningkat naik ini pernah memegang watak sebagai pelacur dalam filem berjudul Darah Panas arahan Arjin Uppal. Keberanian Fathia melakonkan watak pelacur bernama Syahana itu menggemparkan industri perfileman Melayu, namun aksi ghairah itu hanyalah ‘camera trick’ sedangkan Fathia masih berpakaian rona ‘nude’.

2. Nasha Aziz ( 1998 )

Nasha Aziz memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, dia mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina. Nasha terus mengembangkan nama sebagai peragawati terkenal tanah air hingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat. Namun, kerana keterbatasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk menetap di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan.

Pada 1998 Nasha menerima tawaran daripada pengarah Yusof Haslam untuk memegang watak Effa dalam filem Bara setelah aktres Erra Fazira menolak tawaran tersebut atas sebab peribadi.

Bagi pandangan Hangat.com, Filem tersebut nyata memberi tuah kepada Nasha apabila dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik serta menggondol anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-14 (FFM14) menerusi watak pelacur dalam filem tersebut.

3. Sharifah Armani ( REDEMPTION NIGHT – 2012 )

Sharifah Armani atau lebih mesra dipanggil Nani membintangi dalam filem Redemption Night rentetan daripada projek filem terakhir arwah Yasmin Ahmad. Watak yang dipegang oleh anak kepada guru seni lakon, Fatimah Abu Bakar itu sangat mencabar sebab dia memegang watak sebagai pelacur.

Melalui trailer ‘Redemption Night’ yang telah dikeluarkan di YouTube, Hangat.com dapat boleh cakap Nani sangat berkarakter membawakan watak gadis pelacur. Tak dapat disangkal lagi, Amani memang seorang pelakon yang hebat dan berani membawakan watak-watak yang bukan tipikal.

4. Maya Karin ( OMBAK RINDU- 2011 )

Siapa yang tak kenal dengan Filem Ombak Rindu yang mencentuskan fenomena dalam dunia perfileman. Maya Karin yang memegang watak sebagai Izah sangat memberi impak dalam keseluruhan filem ini. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz (Aaron Aziz) anak Datuk Sufiah (Azizah Mahzan), telah membeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Semestinya watak yang dibawa oleh Maya Karin sangat berkesan selepas bergelar pelacur dalam filem itu. Manakan tidak, banyak video parody meniru babak yang dilakonkan oleh Maya Karin.

5. Lana Nordin ( CHOW KIT -2012 )

Chow Kit merupakan sebuah filem aksi Malaysia pada tahun 2012 yang diarahkan oleh Rosihan Zain dan Brandon Lee terbitan Grand Brilliance, ia dibintangi oleh Beto Kusyairy, Dira Abu Zahar, Airis Yasmin, Lana Nordin dan Nam Ron, filem yang ditayangkan pada 3 Mei 2012 ini berdasarkan daripada kisah benar tentang sekumpulan kanak-kanak jalanan yang terbiar harus mengharungi kehidupan yang penuh dugaan di lorong Chow Kit.

Lana Nordin memegang watak sebagai pelacur yang tinggal di lorong Chow Kit bersama seorang adiknya. Dalam filem tersebut, watak yang dibawa oleh Lana Nordin sememangnya nampak ‘real’ dan dia sangat baik dalam menjiwai watak tersebut.