Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Naib Juara Malaysian Idol 2005 , Norhanita Hamzah atau lebih dikenali sebagai Nita Hamzah.

Penyanyi tinggi lampai yang dikenali menerusi rancangan realiti itu dikatakan sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang berusia 8 tahun lebih muda daripada beliau

” Kami sudah kenal hampir 4 tahun. Walapun lebih muda daripada saya , tetapi beliau bersikap sangat matang dan kesungguhan beliau membuatkan saya percaya dengannya “

Malah pada ahad ini, 13 Ogos, Nita bakal bertunang dengan pemuda yang dikenali sebagai Mohd Fareez Shamsul Bahari, 29.

 

Pada mulanya, Nita menyangka Fareez hanya ingin merisik beliau, tetapi pemuda tersebut telah menyatakan hasrat untuk bertunang.

” Majlis tertutup akan diadakan di rumah keluarga saya dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat “

Ujar Nita yang turut berhasrat untuk melangsungkan majlis perkahwinanya secepat yang mungkin

Sumber Twitter  Nita Hamzah 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry