Semalam merupakan premiere bagi filem seram Annabelle yang merupakan kesinambungan bagi The Conjuring.

Boleh dikatakan hampir semua pawagam memulakan tayangannya semalam. Namun yang mencuri tumpuan mengenai filem ini adalah mengenai insiden seorang penonton dirasuk.

Belum sempat tayangan bermula, seorang penonton filem Annabelle di sebuah pawagam di Kuala Terengganu dikatakan telah meracau kesakitan.

Namun setelah diamati, rupa – rupanya penonton tersebut hanya mengalami kekejangan kaki dan bukanlah dirasuk seperti dihebohkan oleh netizen.

Jangan lupa untuk saksikan filem seram, Annabelle yang kini memulakan tayangan di pawagam berdekatan anda. Tahniah juga buat pembaca Hangat yang memenangi pas tayangan perdana filem Annabelle. Buat anda yang sudah menonton filem ini, apakah komen anda?

Sumber Facebook Qerans Irfan