Semalam tular di media sosial mengenai video seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bagan Serai cuba membunuh diri dengan memanjat tangki air sekolah berkenaan.

Pelajar perempuan berkenaan dipercayai diserang histeria dan berada dalam keadaan tidak sedar. Pelajar berkenaan yang cuba terjun dari tangki air setinggi 12 meter itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Keadaan menjadi cemas seketika apabila anggota bomba cuba memujuk pelajar berkenaan. Namun segalanya terkawal apabila pelajar itu turun dari tangki air dan anggota bomba berjaya menangkapnya.

Sumber Kelab Info Malaysia 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry