Masih teringat lagi kes Dato’Aliff Syukri pernah berkongsi gelagat menari, bersuka ria bersama isteri tersayang sehingga mendapat kecaman netizen menari menggunakan tuala basah. Di dalam video terbabit, Aliff kelihatan asyik menari sehingga menampakkan susuk bentuk bahagian sulitnya.

Namun isu sebegini seolah-olah tidak ambil pusing bagi jutawan kosmetik ini kerana Aliff terus aktif di media sosial dengan memaparkan aktiviti hariannya buat peminat. Sebentar tadi Aliff ada melancarkan video ‘live’ di facebook menyaksikan dia sedang bersiap untuk muncul dalam satu program di sebuah stesyen TV.

Aksi Aliff di hadapan lensa mencuri perhatian penonton kerana tidak henti bercakap. Namun apa yang mengejutkan, dia tanpa segan silu mmenurunkan zip seluar kemudian membuka seluarnya untuk membetulkan. Gelagat Aliff ini seperti dia tidak sedar bahawa beribu penonton menyaksikan tingkah-lakunya yang kurang sopan.

Hal ini bukan pertama kali, sebelum ini Aliff pernah mencetuskan kontroversi dengan gambarnya yang sedang memakai jubah dianggap jarang sehingga menjadi viral dan mengundang persepsi negatif pelayar laman sosial.

Sumber Aliff Syukri Facebook