Kecoh sebentar di set penggambaran Izinkan Aku Mencintaimu yang dibintangi oleh pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Afifah Nasir apabila ‘diterjah’ oleh sekumpulan wartawan bagi mendapatkan jawapan dan pengakhiran bagi controversy of the year ini.

Suasana menjadi sedikit tegang apabila pihak produksi seolah-olah enggan memberi komen lanjut mengenai hal ini dan kedua-dua pelakon tersebut turut dikatakan membawa ‘bodyguard’ masing-masing.

Serik akan peristiwa yang lalu, Aliff Aziz telah ditemani oleh isterinya Bella Astillah yang turut membawa dua orang bodyguard nya. Manakala seperti yang dijanjikan, teman lelaki Afifah Nasir, Wan Ariff Azhar bersama-sama pelakon, Hafreez Adam turut menemani beliau. Menerusi kenyataan Wan Ariff Azhar beliau bersedia untuk bersemuka dengan Aliff Aziz.

Walaubagaimanapun akhirnya, pihak produksi berkenaan yang diwakili pengarahnya, Mansor Akob mengalah dan memberi maklum balas mengenai dakwaan Afifah Nasir mengenai isu beliau dianaiya.

KUALA LUMPUR 10 AUGUST 2017. Sekitar lokasi pengambaran Drama Izinkan Aku Mencintaimu susulan daripada isu diantara Aliff Aziz dan Afifah Nasir. NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Terdahulu menerusi sidang media, Afifah Nasir telah memberitahu bahawa beliau disuruh oleh pihak produksi untuk memujuk Aliff datang ke set kerana pelakon berkenaan hanya menurut cakap Afifah.

Namun setelah mendapat jawapan dari pengarah drama berkenaan ternyata ianya bukanlah seperti yang disangka.

“Kami hanya bercakap kosong dimana pelbagai cara dan idea telah dibincangkan seperti perbincangan di kedai mamak. pihak saya tidak pernah menyuruh Afifah membuat perancangan seperti yang didakwa,”

Jadi siapakah yang bersalah dalam hal ini? Afifah Nasir, Aliff Aziz ataupun pihak produksi? Sama – sama kita doakan pengakhiran yang baik buat mereka.

Sumber BH Online 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry