Semalam, 9 Ogos telah berlangsungnya tayangan perdana filem seram Annabelle: Creation arahan David F. Sandberg, Sebelum ini pengarah berkenaan telah mengarahkan filem The Conjuring yang merupakan kesinambungan fiem Annabelle: Creation.

Rata-rata pawagam mencatatkan full house untuk tayangan hari pertama dan kami di Hangat.com turut memberi pas tayangan perdana filem seram ini secara percuma kepada beberapa orang pembaca kami yang bertuah. Dan ini salah satu komen dari pembaca Hangat, @amir_nawawi

Sebuah filem yang agak overrated. Sebelum filem ditayangkan bukan main gah promosi dibuat di media sosial. Tapi setelah ditonton, apa yang boleh saya simpulkan adalah filem yang biasa-biasa sahaja. Jalan cerita yang agak sudah boleh dijangkakan. Elemen seram seperti biasa sahaja. Main dengan elemen bunyi yang sekejap senyap dan lepas tu pasti bunyi yang akan membuatkan anda terkejut(Kalau sunyi tu pepaham sendiri la)

Keseluruhan cerita mudah difahami namun pengakhirannya meninggalkan penonton untuk berfikir. Eh? Aku tonton filem nak relaks dan santai. Kalau nak suruh berfikir, baik aku fikir jawab soalan Add Math. Apapun keseluruhan saya boleh bagi 3/5 bintang. Nak tengok lagi? Tak apa lah, terima kasihlah. Tak nak dah. Apapun terima kasih @hangatdotcom atas tiket tayangan hari ini.

Bagi anda yang tertanya, Annabelle: Creation mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut yang meinmpa anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.

Secara keseluruhan , bagi kami filem ini agak kurang menyengat berbanding siri filem nya yang terdahulu. Walau bagaimanapun filem Annabelle: Creation penuh dengan elemen yang mengejutkan. Jangan lupa untuk saksikan filem seram ini di pawagam berhampiran anda.

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry