Menerusi Instagram komposer terkenal, Ajai yang telah memuat naik  beberapa keping gambar beliau bersama Saharul Ridzwan di bilik rakaman ternyata menimbulkan pelbagai spekulasi peminat mereka.

” Alhamdulillah.. #bukuputih song recording..done.. Tq @saharulridzwan brother for your soul n attitude.. M.W.A “

Semuanya terjawab apabila program hiburan yang lain turut mengucapkan tahniah dan selamat datang buat pelakon kacak, Saharul Ridzwan yang kini bergelar penyanyi.

Single pertama Saharul yang berjudul Buku Putih akan menemui peminat tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, menurut beliau single ini hanya lagu percubaan yang telah diberi kepercayaan oleh Ajai.

” Sebenarnya saya hanya suka- suka dan tak percaya Abang Ajai telah memberi peluang ini kepada saya. Dalam lagu ini saya hanya menyanyikan bahagian rap dan selebihnya abang Ajai yang akan menyanyi..”

Menurut Saharul juga, beliau mengambil masa selama 5 jam untuk merakamkan lagu ini dan cuba membiasakan diri dengan beberapa istilah di dalam rakaman.

Lagu Buku Putih ini juga telah ditulis oleh beliau sendiri secara spontan sewaktu beliau sedang memandu.

” Dalam lagu ini saya cuba menceritakan mengenai rasa terima kasih saya kepada seorang sahabat yang sudah dianggap sebagai adik beradik,  Soal penerimaan saya serahkan kepada peminat dan saya terima segala kritikan untuk kebaikan saya pada masa akan datang..”

Tahniah buat Saharul Ridzwan! Khabarnya terdapat beberapa buah lirik yang ditulisnya sendiri bakal direalisasikan sebagai lagu. Sama – sama kita nantikan.

Sumber Instagram Saharul Ridzwan Ajai