Sudah lama tidak mendengar mengenai penyanyi yang juga ahli berkumpulan popular ini. Boleh dikatakan setiap single yang dikeluarkan menjadi hits diterima ramai peminat.

Terbaru terdapat desas-desus mengatakan penyanyi yang juga berbadan sado ini dikatakan suka pada kaum sejenis. Malah menguatkan lagi dakwaan, penyanyi tersebut sering keluar berdua-duan dengan seorang lelaki lain.

Menurut sumber juga, penyanyi tersebut selalu dilihat ‘look around’ pada aplikasi WeChat yang kebanyakkannya telah disalah gunakan untuk tujuan tertentu.

Khabarnya, penyanyi ini sudah lama tidak kelihatan kerana sibuk menguruskan perniagaan bersama teman tapi mesranya itu. Sejauh manakah kebenaran ini, mungkin beliau ada jawapannya…