Tidak dapat dinafikan, dunia selebriti menawarkan pendapatan yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun, tidak tidak ramai dikalangan selebriti yang memilih melebarkan sayap di dunia perniagan komersial untuk menambahkan kekayaan mereka. Ada yang menjalankan perniagaan sendiri, ataupun memegang jawatan penting di sebuah perniagaan. Berikut pilihan Hangat.com untuk 5 di antara selebriti dengan jawatan penting atau gelaran CEO di sebuah syarikat:

1. Neelofa

Being showed around the UN HQ and meeting other delegates! ✨

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Menurut hasil pencarian google dari Hangat.com, Neelofa telah menerima banyak anugerah global yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu. Untuk pengetahuan,  beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Naelofar Hijab”.

2. Amber Chia

Mungkin jika disebut Chia Lee Peng, pasti ramai tidak mengenalinya, malah tertanya-tanya siapakah gerangan individu itu. Beliau merupakan Supermodel cantik dan seksi. Amber Chia telah menubuhkan akademi peragaan dan solekan iaitu Amber Chia Academy. Selain itu, dia yang mempunyai agensi model iaitu Runway Productions juga bergelar jurulatih catwalk kepada beberapa supermodel Ford seperti Kelly Jagan.

3. Datuk Rafiena Ezanee Ramli

Pada usia 32 tahun, pelakon Datuk Rafiena Ezanee Ramli sudah memiliki kemewahan dan kedudukan yang diimpikan. Hangat.com kagum dengan pencapaiannya beliau sehingga ke tahap ini. Beliau merupakan CEO dalam syarikat produksi sendiri, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd.

Rafiena yang pernah bekerja sebagai pramugari ketika berusia 18 tahun telah menerbitkan beberapa buahy drama seperti Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir dan Lepaskan Aku Pergi sebelum M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah dan Tanggang Ayu.

4. Datuk Siti Nurhaliza

Selfie with #vivoMalaysia

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dengan kejayaanya dalam bidang muzik, Siti menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. — dengan aktivitinya yang melibatkan bidang hiburan secara amnya. Dari sumber yang Hangat.com temui, beliau sebenarnya CEO pada empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital (telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi). Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

5. Rozita Che Wan

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan sebenarnya sudah memiliki syarikatnya sendiri. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse.

6. Datin Tiara Jacquelina

Dikenali sebagai personaliti yang gemar mencuba dan mengambil risiko dalam setiap karyanya, umum tahu hasil kerja Tiara tidak pernah mengecewakan. Malah, Tiara Jacquelina merupakan ikon seni yang tak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya. Aktres terkenal, Tiara Jacquelina memupunyai syarikat miliknya, Enfiniti Vision Media Sdn Bhd.

Difahamkan beliau memilih Engku Emran Engku Zainal Abidin untuk menggalas tanggungjawab dalam bidang pengurusan serta kewangan yang mampu membawa syarikatnya ke peringkat lebih tinggi.

 

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry