Singlet atau Tank Top tanpa lengan sememangnya sangat memudahkan pelancong untuk mengembara dari satu tempat ke tempat lain. Ini kerana pemakaian sebegini lebih ringkas dan tidak panas. Jenis fesyen sebegini pada awalnya dipakai untuk kegiatan yang banyak memerlukan pergerakan seperti seorang atlit.

Pengarah dan pelakon popular, Tiara Jacquelina tidak terkecuali untuk fesyen ini. Wanita ini telah mengenakan pakaian Tank Top semasa dia berkunjung ke sebuah Muzium di Istanbul, Turki yang diberi nama Hagia Sophia. Ia merupakan salah satu bangunan dengan sejarah panjang di Turki dan pernah menjadi gereja dan masjid, Hagia Sophia kini menjadi muzium.

Gambar kenangan Tiara di muzium tersebut telah dimuat naik menerusi Instagram miliknya sehingga mendapat komen negatif. Hangat.com merasakan ramai juga netizen masih tidak tahun sejarah di sebalik muzium tersebut kerana rata-rata netizen menegur Tiara berpakaian seksi dengan memakai singlet dalam muzium tersebut yang disangka sebuah masjid.

Namun ramai yang salah sangka bahawa tempat yang dilawati itu bukanlah masjid kerana kini ia adalah sebuah muzium. Ada juga netizen yang keliru dengan kalimah Allah bersama patung Jesus di dalam masjid tersebut. Namun ada seorang netizen yang telah menjelaskan sejarahnya supaya orang ramai tidak terkeliru.

Awalnya, Hagia Sophia dibangun sebagai gereja. Pada tahun 1453 ketika ditakluk oleh Muhammad Al Fatih, Hagia Sophia diganti kegunaannya menjadi masjid dengan menutup mosaic bergambar Jesus, dan orang suci kepercayaan umat Kristian dan ditambahkan mihrab, minbar, dan 4 menara.

Menurut bacaan yang dibuat oleh Hangat.com di Wikipedia, Hagia Sophia digunakan sebagai masjid selama 478 tahun (1453-1931) sebelum ditutup untuk umum selama empat tahun dan dibuka kembali sebagai muzium atas perintah Mustafa Kemal Ataturk (1935).

Sekarang, kita boleh melihat dua simbol dari dua agama yang berbeza berada  berdampingan dalam satu tempat yang sama.

Walaubagaimanapun, Hangat.com sangat memuji sikap Tiara yang tidak cepat melatah dengan kritikan netizen sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminatnya kerana menjelaskan segala yang menjadi kekeliruan sehinggakan dia dilemparkan kata-kata negatif.

Kesimpulannya, sebagai netizen, “biar kita nampak hodoh tapi jangan jadi bodoh”! Fahami sejarah ataupun google mengenai sejarah sampai lebam sebelum menyerang orang dengan kata-kata negatif.

Sumber IG Tiara Jacquelina