Nama Pak Engku cukup sinonim di kalangan selebriti dan VVIP di negara ini. Manakan tidak, Pak Engku atau nama sebenarnya Datuk Raja Rosly Raja Mazlan 58, sering kali menjadi pilihan mereka dalam menyediakan makanan dan katering yang terbaik.

Namun segalanya tinggal kenangan apabila Pak Engku dikhabarkan telah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan kencing manis. Sebelum ini pemilik Kuzie Catering Sdn Bhd telah masuk ke hospital dua hari yang lalu dan keadaanya kritikal jam 7 malam tadi.

Allahyarham akan dikebumikan hari ini di Makam Diraja Shah Alam. Antara artis dan kenamaan yang pernah menggunakan khidmat Pak Engku adalah Datuk Siti NurhalizaNing Baizura dan Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Razak yang menggunakan khidmat beliau setiap tahun. Al- Fatihah..