Dek kerana mahu memberi laluan kepada artis luar negara membuat persembahan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu itu telah menyatakan beliau seolah – olah ‘dihalau’oleh pihak penganjur konsert Festival Jazz di Jakarta dengan bertindak memadamkan semua lampu di atas pentas.

Afgan atau nama sebenarnya Afganshah Reza menyatakan rasa terharu apabila peminat memintanya meneruskan persembahan malah mereka turut memasang lampu telefon pintar masing-masing. Sempat menyanyikan empat buah lagu, Afgan sepatutnya membuat persembahan pada jam 8 malam di konset tersebut.

 

Namun dia hanya dapat naik ke pentas pada jam 10 malam iaitu dua jam lewat daripada yang dijadualkan dan pihak penganjur meminta Afgan untuk tidak membuat persembahan.

“Afgan harus tetap tampil, kerana banyak peminat yang nunggu”. Terus ya sudah habis itu dia tampil dan habis itu dia telefon saya lagi.Nggak lama dia cerita kalau pas lagi nyanyi lampunya dimatiin, wah gila banget sih itu. Tapi menurut saya, Afgan sudah melakukan yang terbaik”

Ujar Rossa yang telah mendedahkan Afgan ada meminta nasihatnya mengenai insiden tersebut ketika menjayakan sebuah persembahan di Kuala Lumpur

Sumber Instagram Afgan

0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry