Sekali lagi Dato’ Aliff Syukri mencuri perhatian netizen kerana kelakuannya yang di luar jangkaan. Kali ini Aliff telah melenting dalam komen di sebuah video yang dimuat naik oleh penyanyi rap tempatan Caprice. Kerana salah faham mesej yang disampaikan oleh Caprice, Aliff meninggalkan komen ini,

Sebenarnya apa yang cuba disampaikan oleh Caprice menerusi video langsung tidak mengutuk Aliff dan Nur Sajat. Malah Caprice menunjukkan rasa hormat dan kagum terhadap tindakan Aliff dan Sajat untuk ambil anak angkat kerana ia merupakan sesuatu perkara yang mulia.

Gone too far.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Namun agak memalukan apabila tindakan seorang pemilik akaun Instagram bernama Pian Kpop Official yang melampau dan tidak bermoral mempersendakan ciptaan tuhan.

BACA  Geli! Netizen Kecam Video Dato' Aliff Syukri Beraksi 'Seksi'

Selain itu, Caprice juga ade mengingatkan orang ramai bahawa dalam Islam pun memang digalakkan kita ambil anak angkat dan itu merupakan satu sifat yang mulia.

Nampaknya Aliff cepat sangat melatah sehinggakan meninggalkan komen marah-marah di situ. Ramai netizen yang cuba menjelaskan Aliff perkara sebenar dan sifat keperihatinan Caprice semestinya patut dipuji bukannya dicemuh.

Rata-rata netizen mengharapkan supaya Aliff dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris daripada sibuk habiskan masa ¬†update aktiviti harian di media sosial. Bak kata orang tua “malu bertanya sesat jalan”, kalau tak faham orang cakap Bahasa Inggeris boleh bertanya pada yang pakar. Betul tak?

Komen Anda

Previous articleKantoi! Zul Ariffin Pernah Jadi Anak Ikan, Punca Beliau Padam Instagram?
Next articleKacak! Bakal Doktor Kembar Ini Menjadi Perhatian Netizen
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.