Watak Mak Cun sudah menjadi sinonim dengan nama pelakon veteran Erma Fatima. Namun, siapa sangka disebalik nama Mak Cun ini, sebenarnya telahpun terukir di Kota New York. Nama Mak Cun kini sudah melebar empayarnya ke bidang fesyen dan kini sudah berjaya berjalan di atas pentas peragaan di New York, Amerika Syarikat.

Always proud of this woman. Congratulations @ermafatima You nailed it🙌 #couturenewyorkfashionweek #makcun #yeapiterjebakkenanyanyi #newyork #nyc

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Baru-baru ini, Erma telah memuatnaik rakaman video menerusi Instagramnya di majlis fesyen tersebut dan momen-momen ini cukup membanggakan.

Thinking of Sambal tumis udang petai, Masak lemak cili padi 😆 #perutkampung #newyork #nyc

A post shared by ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀Betty Rahmad (@bettyrahmad) on

Apa yang lebih mengejutkan apabila adik Erma sendiri, Betty Rahmad tampil mempersembahkan lagu Jerita Batinku nyanyian seniman agung, Tan Sri P Ramlee. Betty kelihatan mempersonakan dengan vokalnya yang hebat sehingga meremang bulu roma.

Vokal Betty dipuji kerana yakin menghiburkan penonton di pentas yang dihadiri oleh pereka fesyen ternama sambil memperagakan koleksi pakaian dari Mak Cun.

Ok orang KL dengar tak jeritan batin i mintak tolong nervous atas stage tu? Alhamdulillah i did it for the very first time in my life lol. Thank you for the opportunity @ermafatima (Walaupun batin i terseksa everyday practice lagu ni nak menepati citarasa Makcun sengkuang perfectionist ni) What a great experience, syukur everything went well

Sebenarnya Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cundan Ammara Batrisya. Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian membawa adik bongsu Erma Fatima ini ke uji bakat rancangan realiti Akademi Fantasia musim kedua dan ke-9.

Sumber IG Betty Rahmad

1
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry

Komen Anda

Previous articleMakan Durian Dengan Mata Juling, Syahrini Kena Kecam
Next articleKerana Poligami, Netizen Bengang Dengan Suami Adira
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.