Jika anda sering mengikuti perkembangan artis veteran Indonesia, pasti kenal siapa Enny Beatrice. Generasi yang dilahirkan pada zaman 90-an mungkin tidak tahu menahu soal pelakon wanita jelita ini. Namun bagi generasi 80-an ke bawah anda ingat.

Enny Beatrice merupakan salah satu pelakon wanita yang pada zamannya sering membintangi filem-filem aksi. Antaranya seperti “Putri Ular”, “Ratu Buaya” dan banyak lagi.Pelakon yang selalu bergandingan pada zamannya adalah Kiki Fatmala.

Mungkin zaman sekarang ramai yang mengenaili Tengku Nadira Adnan, yang menjadi teman duet Al Ghazali dalam lagu Cinta Datang dan pergi. Sebenarnya Tengku Nadira ini salah satu anak gadis Enny Beatrice.

Selain terkenal kerana filem aksinya, Enny juga dikenali dengan penampilannya yang menggoda. Enny juga kerap melakon adegan yang dianggap ‘panas’.

Kini Enny sudah tidak tinggal lagi di Indonesia. Rupanya Enny telah lama berkahwin dengan rakyat Malaysia iaitu Tengku Adnan. Rakyat Malaysia pasti kenal siapakah suami Enny ini. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor adalah seorang ahli politik di Malaysia dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia.

Enny bernikah di Yogyakarta pada 13 Jun 1989 dan pada ketika itu Tengku Adnan Mansor berstatus duda. Dari hasil pernikahannya, Enny Beatrice memiliki enam orang anak dan empat orang anak hasil pernikahan Tengku Adnan dengan bekas isterinya.

BACA  Kerana Kuah Soto Ini, Restoran Ahmad Dhani Dikutuk Teruk

Sumber Cumi Selebs

Komen Anda

Previous article5 Gambar Cantik Remaja Tahi Lalat Ini Buktikan Keyakinan Diri
Next articleKagum! Tiara Jacquelina Masih Memakai Kebaya 18 Tahun Lalu
Iskandar Lee
Menceburi dunia hiburan lebih 10 tahun dan suka fesyen. Terbiasa untuk mengkritik tentang kehidupan selebriti.