Uncategorized

Teksi Elektrik Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Mysuri Biz Techologies sedang menyediakan 1,000 unit teksi elektrik yang akan dijangka masuk ke pasaran Malaysia pada November ini. Untuk permulaan , teksi ini akan disediakan sekitar Lembah Klang dan Langkawi sahaja seperti mana disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mysuri Biz Technologies, Mohd Noor Ghazali kepada media Paultan.org 

Via PAULTAN.ORG

Perkembangan ini selaras dengan rancangan yang pernah diutarakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan pihak kerajaan sedang melihat untuk memulakan pembinaan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) di Langkawi.

Menurut Mohd Noor Ghazali lagi, teksi-teksi berkenaan diperkenalkan bagi mengubah sistem pengangkutan awam Malaysia dan menyediakan peluang untuk para pemandu teksi menyesuaikan dengan teknologi baharu tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Koperasi Jurupandu TeksiKu ditubuhkan bagi membolehkan para pengendali menyewa teksi tersebut untuk digunakan.

Kelompok pertama kenderaan tersebut terdiri daripada MG ZS EV berwarna kuning terang untuk membolehkan ia dibezakan dengan teksi merah biasa. Selain model tersebut, TNB dan Mysuri juga berhasrat untuk membawakan MPV BYD e6 buatan China dan sehingga peringkat ini ia masih lagi dibincangkan.

Aplikasi yang digunakan untuk menggunakan perkhidmatan TeksiKu ini dinamakan sebagai Aladdin My yang turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dan lain-lain, berdasarkan maklumat di dalam webnya. Mysuri juga merancang untuk mewujudkan kiosk elektronik di tempat-tempat strategik seperti di lapangan terbang, stesen keretapi bagi pengguna yang tidak mempunyai aplikasi berkenaan untuk menggunakan perkhidmatan teksi elektrik ini.

Kereta ZS EV merupakan jenama kenderaan dari British, MG dan ia kini dimiliki oleh SAIC dari China. Model ini dikuasakan oleh motor tunggal hadapan yang menghasilkan sehingga 174 kuasa kuda dan tork 280Nm. Kapasiti baterinya sehingga 72.6kWh mampu bergerak sejauh 440km