Aplikasi, Gadget, Peranti

Xbox Mengumumkan Alat Kawalan Elite Wireless Controller 2- Core Lebih Murah

Microsoft memperkenalkan versi baharu alat kawalan Xbox Elite Series 2 yang kian popular. Selain daripada varian warna baharu, ia juga didatangkan dengan harga pasaran yang lebih murah tetapi tidak termasuk banyak barangan yang terdapat dalam alat kawalan standard Elite 2.

Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core ialah alat kawalan dua tona dengan genggaman hitam matte dan badan terutamanya putih. Dijual pada harga $129.99, (RM584.96) Elite 2 – Core mempunyai harga yang lebih kompetitif jika dibandingkan dengan pengawal Elite 2 standard, yang berharga $179.99 (~RM809)

Via Microsoft

Xbox Elite Wireless Controller Series 2 – Core datang dalam warna putih dan mempunyai semua bahagian penting daripada controller Elite, termasuk cengkaman jenis bergetah, hari trigger lock yang lebih pendek dan thumbstick boleh laras. Tambahan pula, ia mempunyai jangka hayat bateri sehingga 40 jam dan dilengkapi dengan semua pilihan customization yang tersedia untuk pemilik Elite Series 2.

 

Via Microsoft

Xbox Elite Siri 2 – Core hanya akan menyertakan thumbsticks yang boleh diubah ketegangan dan cable USC-C sahaja berbanding Xbox Elite Siri 2 yang akan turut menyertakan thumbsticks serta d-pad yang boleh ditukar, dan juga dengan bekas membawa. Anda boleh melihat maklumat grafik di bawah yang menunjukkan perbandingan yang jelas antara kedua-dua alat kawalan Elite Series 2.

Via Microsoft

Microsoft juga mengesahkan bahawa ia akan membawa alat kawalan Elite 2 ke Makmal Reka Bentuk Xbox pada musim cuti ini. Menandakan kali pertama pengawal siri Xbox Elite akan tersedia di Makmal Reka Bentuk Xbox sejak program penyesuaian dilancarkan pada 2016.

Untuk membaca segala liputan tentang Xbox, sila tekan pautan ini.