Berita

10 Istilah Unik Di Twitter, Dan Malaysia Di Mata Dunia

Sedia maklum bahawa Twitter merupakan tempat rakyat Malaysia berbual daripada meluahkan pendapat mereka hingga ke mencipta istilah lucu. Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di Twitter tahun ini telah menyaksikan detik-detik keseronokan dalam kalangan rakyat, di mana mereka menggunakan istilah-istilah yang baru dicipta untuk meluahkan pendapat secara kreatif tentang pelbagai keadaan kelakar atau situasi rawak yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Twitter juga baru-baru ini telah menganjurkan sesi Twitter Spaces, di mana empat orang ‘influencer’ terkenal turut menyertai perbualan berkaitan Malaysia. Dengan itu, sebanyak 310,000 Tweet berkaitan Hari Merdeka telah dijana di Malaysia.

Keunikan Malaysia: Istilah-istilah unik yang digunakan di Twitter oleh rakyat Malaysia Dah bersedia? Jom lihat 10 istilah unik ini yang paling kerap digunakan di Twitter oleh rakyat Malaysia.

Via Twitter

“Alang-alang” bermaksud “Sambil-sambil melakukannya” atau “Sambil menyelam minum air”. “Cincai” ialah perkataan yang biasa digunakan seseorang apabila mereka tergesa-gesa; contohnya: “Apa-apa sahajalah. Ikuti saja;” pada asasnya bermaksud melakukan sesuatu dengan usaha yang minimum secara selamba. Bagi “Gerak lu, pape roger”, ini adalah bahasa golongan muda-mudi untuk mengatakan “Jumpa lagi, saya balik dulu. Jika ada apa-apa beritahu.” Sementara itu, “Kautim” ialah salah satu istilah popular dalam talian (termasuk di Twitter) serta luar talian, yang bermaksud “Untuk mencapai persetujuan. Berkenan. Semuanya selesai dengan baik.” Jika anda mendengar “Kantoi”, ia bermaksud “Habislah anda. Tertangkap basah dalam sesuatu perbuatan yang tidak baik.”

Jika anda diberitahu untuk “Leklu”, anda perlu “Bertenang dan berehat seketika”. Seterusnya, “Mantap” ialah perkataan yang sering digunakan untuk menyatakan betapa hebatnya sesuatu; contohnya, “Saya makan Nasi Ayam Penyet semalam, sambalnya mantap!” Sama juga dengan “Pergh” yang digunakan apabila anda terpesona dengan sesuatu sehingga membuatkan anda terdiam. Sebaliknya, “Syok Sendiri” merujuk kepada (contoh) apabila anda berada dalam khalayak ramai menonton penyanyi kegemaran anda membuat persembahan secara langsung, dan anda rasa penyanyi itu memandang tepat ke arah anda, tetapi sebenarnya tidak. Akhir sekali, “Tacod” digunakan apabila anda secara main-main mengatakan bahawa anda takut dengan sesuatu tetapi sebenarnya tidak. Antara istilah unik di Twitter Malaysia ini, yang manakah pernah anda dengar atau gunakan?

Selain itu, Twitter turut menjemput empat orang influencer untuk berhubung di Twitter Spaces demi meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Mereka berkongsi pengalaman tentang apa yang menjadikan Malaysia unik.

Malaysia di Mata Dunia: Apa yang orang paling suka tentang Tanah Air kita?

Via Twitter

Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia di mulakan dengan Twitter Spaces bersama Hazeman Huzir (@hazemanhuzir), pengendali sesi Twitter Spaces, Malaysia di Mata Dunia. Turut menyertai Hazeman dalam sesi ini ialah Mark Odea (@markodea8), Calista Liew (@CalistaLeahLiew) dan Kavin Jay (@KavinJay) sebagai tetamu jemputan yang berkongsi kisah mereka tentang pengalaman menetap di Malaysia, beserta pelbagai perkara yang mereka gemari mengenai negara ini.

“Membawa ibu saya melancong ke Sabah adalah salah satu pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan sepanjang berada di Malaysia. Beliau kagum melihat betapa cantiknya Sabah dan kos-kos yang berpatutan. Rasa menakjubkan sekali yang saya dapat menunjukkan kepada ibu saya tempat tinggal saya serta keunikan Malaysia – terutamanya makanan, budaya, perayaan umum dan pantai,” kata Mark Odea dengan penuh semangat.

Sementara itu, pelawak Kavin Jay berkongsi betapa cepatnya rakyat Malaysia membantu seseorang yang memerlukan,

“Ketika saya berumur 14 tahun, saya mengalami kemalangan di mana sebuah kereta melanggar basikal saya. Saya cedera teruk, dan ramai yang datang membantu saya. Mereka memastikan saya baik-baik saja, mendudukkan saya dengan penuh hati-hati, memberi saya air dan membalut luka saya. Saya mengalami banyak pendarahan dan seorang lelaki yang baik hati membawa saya ke klinik untuk rawatan lanjut, walaupun luka saya menyebabkan kerusi keretanya dilumuri darah. Saya tidak akan melupakan kebaikan yang ditunjukkan kepada saya pada hari itu. Saya suka bagaimana semua orang di sini benar-benar mahu memastikan anda dalam keadaan baik dan bahagia.”

Bagi Calista Liew, seorang juruhebah radio popular, kepelbagaian yang ada di setiap negeri di Malaysia memberi inspirasi kepadanya,

“Walaupun dengan kepelbagaian itu, kita semua boleh dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dengan mudah kerana kita juga mempunyai banyak persamaan! Apatah lagi bila berbicara tentang makanan! Saya suka makan, dan tidak kira ke mana sahaja anda pergi di dunia, tiada apa yang mengalahkan makanan Malaysia dengan kepelbagaian dan pilihannya!”

Mungkin perkara yang paling mengejutkan ketika Twitter Spaces berlangsung ialah apabila Hazeman Huzir, juruacara, mengatakan sesuatu yang dipanggil “ibu duit.” ini merupakan suatu pendedahan yang mengejutkan, kerana ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan dan apa maksud istilah ini.

“Ini juga perkara baharu buat saya, sebenarnya. Istilah ini merujuk kepada wang pertama (dalam bentuk fizikal, iaitu tunai) yang anda terima daripada pelanggan anda yang anda simpan dalam dompet atau mesin juruwang anda. Dengan berbuat demikian, ia boleh membantu anda menarik lebih banyak kekayaan – itulah yang saya dengar,” jelas Hazeman semasa sesi itu.

Untuk memeriahkan lagi sesi ini, penganjur juga mengadakan permainan di mana setiap tetamu jemputan perlu meneka maksud slanga yang lucu dan unik di Twitter Malaysia, dan ia membuat semua orang ketawa tidak kering gusi. Jika anda terlepas mendengar sesi Twitter Spaces ini, anda boleh mendengar rakaman semula di Twitter.

Apa pendapat anda tentang Twitter Spaces dan 10 istilah unik yang dinyatakan di atas ini? Tweet-kan pendapat anda!